Tambak Laut: Kerajaan P Pinang Bakal Dikenakan Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

BATU KAWAN: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang boleh dikenakan tindakan kerana meluluskan lebih 2,428 hektar untuk aktiviti tambakan laut kepada sebuah pemaju baru-baru ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata ini kerana projek tambakan laut melebihi 100 hektar atau melibatkan 10,000 orang, seharusnya mendapatkan kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

"Kami sedang meneliti dari segi perundangan apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang tidak mengikut peraturan ... sama ada boleh menghentikan projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang bernilai RM17 juta yang siap dibina 30 Mac 2014, di sini, Khamis.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah membawa isu ini kepada MPFN yang ditubuhkan pada 2003 untuk menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan mampan di peringkat negeri dan negara.

Katanya isu tambakan laut di Pulau Pinang bukan satu isu baharu dan DAP dalam manifesto pilihan raya umum 2008 pernah berjanji akan menyelesaikan isu itu.

Pada Rabu, Setiausaha Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung kelulusan diberikan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat pemaju untuk menjalankan aktiviti tambakan laut seluas kira-kira 2,428 hektar.

Abdul Rahman juga berkata aktiviti tambakan laut seluas itu akan membawa kesan negatif kepada negara dalam tempoh jangka panjang sekiranya tidak dipantau.

Menurutnya, selama ini Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak pernah membawa isu tambakan laut dalam MPFN walaupun aktiviti itu sedang giat dijalankan di Pulau Pinang.

"Saya berasa kecewa dengan tindakan Lim yang gagal mengikut kaedah yang betul dan terlalu banyak memainkan isu-isu politik sehingga mengabaikan tanggungjawab," katanya.

Ketika diminta mengulas penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dalam negara dengan lebih teratur dan efektif, Abdul Rahman berkata mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20, agensi utama untuk bertindak apabila berlaku bencana ialah JBPM dan Polis Diraja Malaysia.

Katanya MKN 20 (arahan yang menggariskan mekanisme pengurusan dan bantuan sebelum, semasadan selepas kejadian bencana) telah meletakkan JBPM sebagai agensi utama untuk kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku apa-apa bencana.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Tambak Laut , Bomba

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan