Dr Hatta Perlu Beri Penjelasan Kepada Mahkamah Syariah

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 6:02 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.

Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.

"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah.

Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Semalam, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.

Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.

"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.

"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai). Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat.

Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.

"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad  Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.

Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."

PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Tags / Kata Kunci: Hatta Ramli , PAS , Baiah , Cerai Taklik

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan