Adun Kedah Diminta Kritik Ikut Saluran

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Kedah diminta tidak mengkritik kepimpinan kerajaan negeri secara terbuka sebaliknya menggunakan saluran yang betul dan bersemuka.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Othman Aziz berkata, tindakan mengkritik secara terbuka terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh melemahkan kepimpinan kerajaan negeri dan memberi kesan terhadap UMNO  Kedah.

"Sepatutnya ADUN yang tidak berpuas hati itu boleh berjumpa Mukhriz secara tertutup dan suarakan isi hati mereka. Jangan guna media sosial untuk mengkritik kerajaan negeri pimpinan UMNO," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, kejayaan UMNO di Kedah bergantung kepada semangat berpasukan dan kesemua anggota parti perlu bersatu-padu untuk mencapai matlamat parti dan memastikan kejayaannya.

Othman berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap kepimpinan Mukhriz oleh ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin di dalam laman-laman sosial baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Umno , Kedah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan