Mesin Jual Air Perlu Lesen Kementerian Kesihatan Bermula 2016

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 10:32 PM

S Subramaniam

Datuk Seri Dr S.Subramaniam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengusaha mesin menjual air layan diri perlu memiliki lesen daripada Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata peraturan itu adalah berikutan berkuatkuasanya Peraturan 360C (4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Beliau berkata kos memohon lesen untuk satu unit mesin air itu adalah RM150 bagi tempoh dua tahun.

"Apabila pemilik mesin (jual) air memohon untuk mendapatkan lesen, mesin miliknya akan diperiksa. Selepas itu pemeriksaan secara rambang akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan meletakkan pelekat di mesin air yang sudah diperiksa dan diberikan lesen untuk rujukan pengguna.

Dr Subramaniam berkata peraturan berkenaan diwartakan pada 24 Sept 2012 dan Kementerian Kesihatan telah memberi masa untuk pihak industri mematuhinya.

"Justeru, pihak industri digesa supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memohon lesen tersebut. Kita mahu air minuman berada pada standard mencukupi," katanya.

Menurut Dr Subramaniam, sehingga kini 2,540 permohonan lesen telah diterima dan daripada jumlah itu, 59 permohonan diluluskan serta diberi lesen manakala 2,481 permohonan masih dalam proses.

"Jika didapati bersalah di bawah peraturan berkenaan, seseorang boleh didenda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara," katanya.

Sejak Ogos 2014 hingga kini, sebanyak 630 mesin jual air telah diperiksa di seluruh negara dan sebanyak 786 sampel air telah diambil dari mesin yang terlibat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 22 mesin jual air telah disita di mana empat daripadanya kerana tidak menjaga tahap kebersihan, 10 mengandungi bakteria dan lapan kerana mendakwa air yang dijual boleh meningkatkan tahap kesihatan seperti memulihkan tekanan darah dan merawat kencing manis, katanya.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata tiada jemaah Malaysia yang dikesan terkena jangkitan MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona).

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan