Gangguan Bekalan Air Di Petaling & K.Lumpur Mulai 11 Malam Ini

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dianggarkan selama 11 jam, bermula 11 malam Rabu hingga 10 pagi Khamis.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, gangguan tersebut berikutan kerja-kerja kecemasan yang terpaksa dilakukan untuk membaiki paip bocor pada jajaran paip utama bersaiz 1800mm ke Kolam Air Bukit Gasing.


"Sebanyak 185,867 pintu rumah di Petaling dan 35,000 pintu rumah di Kuala Lumpur akan terjejas dan dijangka menerima bekalan semula secara berperingkat selepas kerja pembaikan disiapkan sepenuhnya," katanya.

Antara kawasan terlibat bagi Petaling ialah Taman Lian Hoe, Taman Gembira, Taman Pagar Ruyung, Taman Good Wood, Apartment Tiara Villa, Taman Serangkai, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Lorong Seputih, Taman Desa, Taman OUG, Taman Evergreen, Taman Shanghai, Taman Skyline, Taman United, Taman Bukit Indah, Taman Halimathon dan Taman Continental, Taman Sungai Besi, Taman Kuchai Enterpreneur, Jalan Kuchai Lama, Taman Salak Selatan, Kampung Malaysia, Pekan Sungai Besi, Taman Sri Manja, Taman Desa Ria, Gasing Indah dan Gasing Height.


Gangguan itu turut melibatkan Kampung Pasir Baru, Taman Kanagapuram, Seksyen 51, Taman Seri Sentosa, Sekyen 51A, Pantai Dalam, Angkasapuri, Kampung Kerinchi Limau, Kampung Dato Tata, SS9, Seksyen 14, Kampung Baiduri, Taman Tan Yiew Lai, Petaling Bahagia, Jalan Puchong, Bandar Baru Sri Petaling, Sekyen 1 hingga 6, Bandar Tasik Selatan, Taman Yarl, Bukit Templer, Taman Salak Selatan, Taman Naga Emas, Jalan SP 1 hingga SP 18, Jalan Perkasa, Jalan 1 hingga 34, Kampung Baru Salak Selatan dan Jalan 1/125 hingga 10/25.

Kawasan Bukit Jalil Golf Resort, Vista Komanwel Kondominium, Bandar Baru Bukit Jalil, Happy Garden, Kuchai Jaya, Kuchai Lama, Taman Sungai Besi, Taman Salak Jaya, Danau Desa, Taman Serangkai, Jalan Nikmat, Taman Bukit Indah, Taman Desa, Jalan Desa Maju, Jalan Desa Mesra, Taman Gembira, Petaling Garden, Gasing Indah dan Petaling Height.

Bagi kawasan Kuala Lumpur, antara yang terlibat ialah TUDM Sungai Besi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Lapangan Terbang Lama, Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, separuh kawasan Sungai Besi (rumah kedai berdekatan Pejabat Pos Sungai Besi), Kampung Batu Kong, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Belamy, Jalan Bukit Petaling, Jalan Kerayong, Dewan Bahasa dan Pustaka, Wisma Perwira, Gapena, Jalan San Peng, Dataran F and N, Persiaran Syed Putra, Jalan Robson, Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh, Taman Seputeh Height, KL Sentral, Brickfields dan Wisma Putra.

Priscilla berkata pihaknya akan terus memaklumkan status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat sekiranya perlu.

Pengguna juga boleh mengakses terus maklumat terperinci berhubung status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan