98 Peratus Kakitangan MAS Terima Tawaran Kerja MAB

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 10:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 98 peratus kakitangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang ditawarkan berkhidmat dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB), telah menerima tawaran kerja berkenaan, kata Khazanah Nasional Bhd.

Menerusi makluman berjadual keempat yang menjadi hebahan mengenai usaha pelan pemulihan MAS bagi tarikh 1 Jun sehingga 31 Ogos, Khazanah berkata seramai 13,000 kakitangan itu memulakan tugas dengan MAB pada 1 September, iaitu 9,000 pekerja tetap manakala bakinya bekerja secara kontrak jangka pendek.

"Selain itu, ada seramai 2,000 kakitangan anak syarikat seperti Firefly, MASkargo dan MASwings," kata Khazanah dalam satu kenyataan pada Rabu.

MAB juga, kata Khazanah, telah menerima Sijil Pengendali Udara dan Lesen Perkhidmatan Udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan secara rasmi memulakan hari pertama operasinya pada 1 September yang menandakan peralihan rasmi daripada MAS kepada MAB.

Peralihan itu adalah komponen utama Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS (MRP) yang diumumkan Khazanah selaku pemilik MAS, pada 29 Ogos 2014, dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan kebangsaan itu untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.

"Usaha pemulihan itu terus memaparkan perkembangan dalam kesemua skop utama di bawah pelan lima tahun MRP," katanya.

Menurut syarikat pelaburan kerajaan itu, sebanyak 75 peratus kakitangan MAS yang tidak menerima surat tawaran MAB, telah mendaftar dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC) bagi tujuan latihan serta sokongan mendapat pekerjaan.

"CDC telah mengendalikan pelbagai sesi latihan kerjaya dan turut menganjurkan program kerjaya dan temuduga bagi membantu kakitangan terbabit," katanya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan kanan MAB terus diperkukuhkan dengan pelantikan jawatan kepemimpinan utama.

MAS juga telah menyempurnakan pemindahan aset dan liabiliti terpilih mengikut undang-undang kepada MAB, berdasarkan Akta Malaysian Airline System Bhd (Pentadbiran) 2014, kata Khazanah.

"Usaha menyeluruh bagi penyusunan semula operasi perniagaan masih dijalankan, termasuk yang melibatkan lebih 100 projek bagi memulihkan pendapatan, pengoptimuman kos serta menyediakan mekanisme bagi kemudahan usaha pemulihan ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: MAS , MAB , Khazanah Nasional Bhd

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan