22 Ahli PAS Sertai Parti Baharu Gugur Secara Automatik - Takiyuddin

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 8:10 AM

Takiyuddin Hassan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keanggotaan 22 ahli PAS yang mengisytiharkan diri mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) selepas diambil alih oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB) gugur secara automatik. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu jelas dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) di bawah Fasal 15(1)(c) berhubung keberhentian ahli.

"Sehubungan itu, PAS tidak perlu mengambil sebarang tindakan disiplin, cuma kita hanya perlu hantar surat kepada mereka untuk urusan pentadbiran.  

"Mereka boleh memohon untuk kembali menjadi ahli PAS namun ia bergantung kepada parti untuk menerima atau menolak permohonan mereka," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, Selasa.

Pada Isnin, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu mengumumkan gerakan itu telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula PPM sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) tidak lama lagi.

Butiran pengambilalihan itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.  

Pada sidang akhbar sama, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa pusat Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang penasihat umum; bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi; anggota Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa naib pengerusi; anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad ketua wanita; Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda, Mohd Anuar Mohd Tahir setiausaha agung; Asmuwi Ani bendahari agung dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi. 

GHB merupakan platform kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan progresif dalam PAS yang boleh dikatakan kesemuanya tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS pusat Jun lalu. 

Mengenai bai'ah dan lafaz taklik yang dipersetujui oleh anggota PAS ketika menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Takiyuddin berkata, ia tidak memberi kesan dari segi perundangan. 

"Dari segi undang-undang, ia tak ada 'legal effect' (kesan perundangan), tapi ia 'moral obligation' (kewajipan moral),"  katanya. 

PAS memperkenalkan bai'ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat parti. 

Selain itu, bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan