Terima Kasih Bersih Kerana Tonjol Demokrasi Sihat Malaysia - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 2:27 PM

Nazri Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4 telah menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi yang sihat, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada penganjur perhimpunan itu, beliau berkata, kini seluruh dunia mengenali Malaysia.

"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.

"Ia ditayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu, jadi saya mengucapkan terima kasih pada Bersih kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya pada sidang media di ibu negara, Selasa.

Malahan, secara sinis, Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyarankan perhimpunan yang mendapat liputan media antarabangsa itu diadakan setiap tahun.

Ditanya mengenai penampilan Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan itu, Nazri berkata, bekas Perdana Menteri itu hanya melaksanakan hak demokrasi beliau.

"Beliau telah berubah. Sebelum ini beliau demonstrasi buka budaya kita tetapi sekarang beliau sudah tua, baru disedari ia adalah satu budaya baru dan mahu menyertainya," katanya.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan