Syed Mokhtar Bukan Penulis Artikel Tersebar Dalam Media Sosial, WhatsApp

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 1:28 PM

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary

Syed Mokhtar Bukhary

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hartawan korporat dan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' yang pertama kali muncul pada Sabtu lalu.

Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini, Selasa berkata, artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.

Ia mendakwa artikel ini telah mendapat perhatian dan telah diterbitkan semula dalam laman sosial dan turut disebarkan menerusi aplikasi khidmat mesej WhatsApp.

"Kami tidak akan membiarkan perbuatan menyamar sebagai Tan Sri Syed Mokhtar, termasuk menggunakan nama beliau secara salah di sisi undang-undang atau tanpa kebenaran.

"Untuk mengelak kesangsian atau kekeliruan, laman web Yayasan Albukhary kekal menjadi satu-satunya wadah awam rasmi bagi Syed Mokhtar," katanya dan menurutnya, yayasan mendoakan kejayaan dan pertumbuhan berterusan bagi Malaysia.

Dua hari lepas, artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' menjadi viral dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.-- Bernama



iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan