Filem Gerimis, Kisah Cinta & Semangat 1Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 9:44 AM

Chandra Shanmugam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pada era 70-an dan 80-an, filem lakonan seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Gerimis (1968) akan disiarkan di RTM pada sambutan Hari Kemerdekaan hampir setiap tahun.

Filem tersebut menceritakan pencintaan dua individu berlainan bangsa iaitu Kamal (P.Ramlee) dan Leela (Khatijah Maidin atau lebih dikenali sebagai Chadra Shanmugam).

Walaupun gerimis pada asasnya adalah kisah cinta, filem itu menyelitkan semangat 1Malaysia.

Ketika ditemui di kediamannya di sini, Chandra, 78, mengimbau kembali bagaimana P.Ramlee sentiasa menekankan bahawa rakyat Malaysia adalah satu keluarga yang besar tanpa mengira kepelbagaian agama dan bangsa.

"Itu dapat dilihat dalam semua filem, P.Ramlee dan isterinya, Saloma sentiasa mengamalkan semangat ini," kata Chandra yang juga merupakan penyair Tamil terkemuka negara, penulis skrip, komposer dan juga penyanyi.

Chandra yang juga guru terlatih berkata beliau meninggalkan bidangan pendidikan selepas setahun dan mula berlakon di atas pentas.

Selepas itu, beliau berlakon menerusi radio dan melakukan alih suara untuk RTM.

"Saya bekerja sepenuh masa di Kesatuan Ladang Kebangsaan (NUPW) dan secara sambilan di RTM," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Beliau juga mengimbas kembali bidang penulisan skrip dan produksi di RTM.

Chandra yang turut berlakon dalam siri TV popular 4 Sekawan menceritakan bagaimana beliau diambil untuk memegang watak Leela dalam Gerimis.

"Apabila saya diberitahu bahawa P. Ramlee berminat terhadap saya untuk memegang watak tersebut, saya pada mulanya menolak kerana sudah bergelar isteri dan ibu. Malah didikan agama yang konservatif menjadikan ia lebih sukar untuk berpura-pura menjadi isteri kepada lelaki lain, walaupun hanya dalam filem," kata Chandra.

Beliau berkata P. Ramlee dan Saloma menyakinkannya supaya memegang watak tersebut, malah diberikan jaminan untuk tidak melakonkan adegan yang tidak diingininya.

Chandra berkata P. Ramlee pernah memberitahunya:"Anda orang India dan heroin saya berbangsa India."

"Saya harus menukar nama anda kerana jika anda menggunakan nama sebenar Khatijah, mungkin ada orang fikir watak itu dibawa pelakon Melayu."

Beliau berkata Ramlee kemudiannya menamakannya sebagai Chandra dan nama suaminya Shanmugam turut diletakkan bersama.

"Beliau berkata Chandra bermaksud bulan dan ia adalah nama yang baik.

"Saya terus menggunakan nama tersebut selepas Gerimis dan saya masih dikenali sebagai Chandra sehingga hari ini," katanya.

Lagu utama untuk filem tersebut, Pujaan Ku yang juga duet antara P. Ramlee dan Saloma dalam bahasa Tamil kini menjadi carian hangat di Internet.

Chandra turut melatih Saloma untuk menyebut perkataan Tamil sebelum rakaman, menulis lirik Tamil bagi lagu tersebut.

"Walaupun tidak bertutur dalam bahasa Tamil, Saloma berjaya menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat," katanya.

Chandra teringat bahawa bukan suatu yang luar biasa untuk pelbagai masyarat menerima budaya dan amalan masing-masing dengan mudah, tanpa prejudis dan ragu-ragu pada masa lalu.

"Kami tidak memerlukan sebarang slogan atau iklan perpaduan untuk menyatukan rakyat Malaysia pada ketika itu.

"Kami sudah bersatu dalam erti kata lain sehati dan sejiwa," kata Chandra.


Tags / Kata Kunci: Chandra Shanmugam , P.Ramlee , Gerimis

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan