Pusat Pengajian Pergigian Terbesar Milik UiTM Siap Dibina - Berita Semasa | mStar

Pusat Pengajian Pergigian Terbesar Milik UiTM Siap Dibina

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 4:32 PM

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh (kiri) bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kiri) melihat keadaan bilik bedah serta peralatan pergigian pada Majlis Penyerahan Projek Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Selasa. Turut hadir Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat pengajian pergigian terbesar di negara ini, sudah sedia untuk beroperasi setelah kampusnya di Sungai Buloh, dekat sini siap dibina pada 28 Ogos lalu.

Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata bangunan fakulti itu turut mengandungi dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini serta sebuah pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia.

Katanya, selain menempatkan kemudahan akademik untuk penuntut universiti itu, fakulti berkenaan turut menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam.

"Apabila bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi, kita mengganggarkan seramai 205 pesakit dapat diberikan rawatan dalam satu-satu masa dengan jumlah pesakit sehari 400 hingga 500 orang," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, Selasa.

Kementerian Kerja Raya diwakili oleh menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof, sementara Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Sahol Hamid berkata dengan adanya kampus itu, ia diharapkan dapat melahirkan graduan bidang pergigian yang lebih kompeten dan profesional dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Adanan Mohamed Hussain  dalam ucapannya berkata projek berkenaan yang sepatutnya menelan belanja RM94.4 juta menghadapi sedikit masalah sebelum ini apabila kontraktor yang dilantik gagal menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberi.

Katanya kontraktor lain telah dipilih untuk menyambung projek itu yang akhirnya disiapkan pada 28 Ogos lalu dengan kos semasa yang lebih rendah iaitu RM73.8 juta.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: UiTM , Fakulti Pergigian
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan