Tun M Akui Hadir Bersih 4 Jalan Terakhir Desak Najib Berundur

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 2:42 PM

Dr Mahathir menaiki LRT bersama bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke perhimpunan Bersih 4.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemunculannya dua kali pada perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu adalah jalan terakhir untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terpaksa bertindak demikian kerana kaedah untuk menukar Perdana Menteri mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah 'ditutup' oleh Najib.

"Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan negara daripada perasuah.

"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah," katanya menerusi laman blognya, chedet.cc pada Selasa.

Beliau mendakwa Najib turut menyekat usaha pasukan petugas khas yang dibentuk untuk menyiasat wang sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

"Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan pendakwa raya akan ambil tindakan serta menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

“Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

“Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaunnya sudah tidak lagi ada,” katanya.

Dr Mahathir turut mempertikaikan tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain yang mendakwa dana sebanyak RM2.6 bilion itu adalah derma.

"Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal," katanya.

Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan bagi menjawab segala pertanyaan yang timbul mengenai tindakannya menghadiri perhimpunan Bersih pada 29 dan 30 Ogos lalu.

"Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. 
"Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina," katanya.

Dr Mahathir turut mengakui beliau tidak setuju dengan tunjuk perasaan sebelum ini kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan apabila berlaku penyalahgunaan kuasa.

"Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. 

"Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan kerajaan apabila menyalahguna kuasa," katanya.

Pada masa sama, beliau turut merayu kepada wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

"BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti," katanya.

Menurut Dr Mahathir, selagi Najib tidak disingkirkan keadaan ekonomi negara akan terus merosot.

"Nilai ringgit dan saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah serta berbilion duit rakyat disalahgunakan," katanya.



iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan