MIC Tetapkan 25-27 September Pemilihan Bahagian

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 MIC menetapkan 25, 26 dan 27 September ini bagi pemilihan peringkat bahagian parti itu.

Setiausaha Agung MIC, A. Sakthivel berkata partinya juga menetapkan 18,19 dan 20 September sebagai tarikh penamaan calon untuk semua jawatan dalam peringkat bahagian.

"Sebanyak 150 bahagian di seluruh negara layak membuat penamaan calon dan pemilihan pada tarikh yang ditetapkan. Semua bahagian juga telah dimaklumkan untuk membuat persediaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pemilihan peringkat bahagian itu diadakan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang memberikan tempoh masa sehingga akhir bulan Oktober bagi melaksanakan semula proses pemilihan semula parti berusia 68 tahun itu.

Setakat ini, MIC telah mengadakan pemilihan peringkat cawangan pada Julai lepas manakala pemilihan bagi jawatan Presiden pada 21 Ogos lepas.

Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC untuk pemilihan semula penggal 2013-2016.

Bagaimanapun, kemenangan Dr Subramaniam dijangka akan menghangatkan lagi krisis parti itu berikutan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel pada 9 Ogos lalu turut diumumkan sebagai presiden parti dalam penamaan calon oleh penyokongnya.

Sakthivel berkata pemilihan bagi jawatan jawatankuasa kerja pusat (CWC) dan timbalan presiden parti pula dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

Parti kaum India itu mula dilanda krisis apabila wujud perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi CWC.

RoS telah membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: MIC , A.Sakthivel

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan