Pembenihan Awan Sebelum Tempoh Catuan Air Berakhir 15 September Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 5:30 PM

Empangan Sungan Layang

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Operasi pembenihan awan di ruang udara Empangan Sungai Layang bakal dijalankan dalam masa dua minggu lagi sebelum tempoh catuan air berakhir 15 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri  Datuk Hasni Mohammad berkata meskipun terdapat hujan beberapa hari lepas, paras air di empangan berkenaan masih menunjukkan penurunan.

"Dengan bantuan dan kerjasama pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Johor Baharu, kita tidak perlu menunggu secara rasmi dan hanya sekadar memaklumkan kepada Singapura tentang kaedah dan tarikh pelaksanaan operasi itu," kata beliau kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Induk Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hasni berkata perkara itu kini sedang diuruskan oleh Jabatan Meteorologi Johor dan tidak lagi di peringkat persekutuan.

Buat masa ini, paras air di empangan Sungai Layang turun kepada 18.99 meter, berbanding paras normal iaitu 26.6 meter, kata Hasni sambil menambah catuan hanya akan dihentikan apabila paras air di empangan itu mencecah bacaan 23.5 meter.

"Disebabkan fenomena iklim yg berubah, kami hanya menerima 50 peratus sahaja hujan yang sepatutnya diterima," kata beliau.

Johor katanya menerima jumlah hujan purata tahunan sebanyak 2,500 mm.

Bagaimanapun, bagi jangka masa panjang, beliau berkata kerajaan negeri bakal menerima bekalan air mentah sekurang-kurang 30 juta liter sehari bagi kegunaan awam apabila projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang mula beroperasi.

Selain itu, ada rancangan untuk mengepam air mentah dari Sungai Johor, kata Hasni.

Sejak 16 Ogos, catuan air telah dijalankan dan melibatkan 115,000 pemilik akaun di kawasan Pasir Gudang, Masai dan sebahagian Johor Baharu, yang merupakan strategi jangka masa panjang Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) untuk memanjangkan tempoh penyimpanan bekalan air di Empangan Sungai Layang.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan