Operasi Hari Pertama MAB Lancar

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 9:00 PM

Pesawat penerbangan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengantikan Malaysia Airlines System (MAS) beroperasi seperti biasa pada hari pertama operasi syarikat baru itu ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Operasi entiti baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), yang mengambil alih peranan daripada Malaysian Airlines System Bhd sebagai syarikat penerbangan negara, memulakan langkah pada Selasa dengan lancar.

Tinjauan yang dilakukan Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini juga mendapati penumpang MAB sendiri tidak menyedari bahawa syarikat penerbangan negara itu kini di bawah kendalian entiti baharu.

Logo korporat syarikat Malaysia Airlines masih tertera di skrin yang terdapat di KLIA serta pakaian seragam kakitangan yang digunakan juga masih sama.

Terence Reed yang menemani isterinya untuk ke Pulau Pinang hari ini berkata beliau memilih untuk terbang bersama pesawat MAB kerana itu adalah pilihan domestik yang beliau kenali.

"Isteri saya mengusahakan perniagaan ejen pelancongan dan dia juga telah biasa berurusan dengan Malaysia Airlines sebelum ini," kata Reed yang merupakan warganegara Britain.

Seorang pesara kerajaan yang enggan dikenali berkata syarikat penerbangan nasional itu tidak kira sama ada ia dipanggil MAS atau MAB merupakan pilihan beliau sejak dahulu lagi.

"Kami tetap memilih MAB kerana perkhidmatannya yang lebih selesa," katanya yang membelikan tiket sebagai hadiah untuk anaknya berbulan madu ke Bali, Indonesia.

Seorang kakitangan MAB yang berkhidmat di kaunter pendaftaran berkata tanggungan kerjanya kini bertambah ekoran langkah pengurangan tenaga kerja yang dilakukan syarikat kepada 14,000 berbanding 20,000 sebelumnya.

"Bebanan kerja sememangnya bertambah lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah dan cuti umum, sehinggakan kami terpaksa memanggil kakitangan lain untuk membantu.

"Tapi kami perlu berkorban untuk masa hadapan kami dan syarikat agar terus mampu beroperasi," katanya.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif MAB Christoph Mueller kerap 'turun padang' di sekitar lapangan terbang itu bagi memantau kerja para kakitangan MAB dan proses pengendalian syarikat baharu itu.

Pengurangan 6,000 pekerja merupakan satu daripada langkah drastik yang dilaksanakan di bawah penstrukturan semula Malaysia Airlines selain rasionalisasi laluan dan perundingan semula kontrak-kontrak pembekalan.

Ia merupakan pelan pemulihan terbaharu syarikat tersebut selepas kerajaan membelanjakan sebanyak RM19.2 bilion sejak 2001-2014, bagi memulihkan Malaysia Airlines akibat kegagalan penswastaannya yang dibuat pada 1990-an.
Tags / Kata Kunci: MAB , Christoph Mueller

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan