Harga Minyak Turun, Peniaga Diminta Turunkan Harga

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 7:07 PM

Hamzah Zainuddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainudin memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak bagi September.

Beliau berkata tempoh seminggu diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Harga petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen seliter masing-masing kepada RM1.95 dan RM2.35 sen, manakala diesel turun 15 sen seliter kepada RM1.80.

"Jangan melampau sangat dengan mengambil untung berlebihan, sepatutnya ada penurunan harga, dan kita (kementerian) akan turun ke bawah serta melihat sama ada harga barang ada penurunan atau tidak," katanya.

Hamzah bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini, Selasa.

Beliau turut mempersoal tindakan peniaga yang cepat menaikkan harga apabila harga minyak naik.

"Hari ini saya hendak beritahu pihak peniaga bahawa penguat kuasa akan tengok (jika peniaga kaut) keuntungan melampaui batas, kita ambil tindakan. Ini (kaut untung) adalah tidak adil," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Hamzah Zainuddin , harga minyak , KPDNKK

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan