Gambar Angelina Jolie Kononnya Di Sabah Jadi Viral

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 2:09 PM

Gambar Angelina yang kononnya berada di Sabah tersebar menerusi laman Facebook.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sekeping gambar bintang Hollywood, Angelina Jolie Pit yang kononnya berada di sebuah perkampungan terpencil di Kota Marudu, Sabah menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial di negeri itu.

Namun, pelakon yang memenangi anugerah Oscar itu sebenarnya bukan berada di Sabah.

Gambar tersebut yang memperlihatkan pertemuannya dengan seorang wanita warga emas yang dimuat naik dalam laman Facebook dan dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp dipercayai diambil semasa berkunjung ke Myanmar pada Julai lalu.

Gambar tersebut dengan kapsyen "Angelina Jolie sekarang berada di Kota Marudu ... disahkan oleh seorang rakan di Astro Awani" menjadi viral di media sosial dalam tempoh 36 jam yang lalu.

Imej tersebut yang diambil dari majalah People yang membuat liputan ekslusif Angelina bertemu pelarian Myanmar berusia 90 tahun semasa lawatan kemanusiannya ke Asia Tenggara.

Beliau turut bertemu pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi.

Pelakon tersebut yang memainkan watak utama dalam filem "Lara Croft" dilantik sebagai duta khas Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian.



Tags / Kata Kunci: Angelina Jolie , Kota Marudu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan