Semua Adun Tahu Penubuhan DEIG, Tak Patut Timbul Keraguan - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 11:25 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan kewujudan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah diketahui semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sejak awal penubuhannya.

Beliau berkata sebarang keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan mana-mana ADUN kerana maklumat mengenainya telah dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.


Mohamed Azmin berkata mengikut peraturan DUN Selangor, sebarang usul yang dibentangkan tidak perlu dijawab semula oleh kerajaan negeri sehingga persidangan akan datang.

"Saya bagi notis (mengenai penubuhan DEIG) segera kerana saya tak mahu tunggu sehingga sidang DUN seterusnya. Perkara (DEIG) ini belum dilaksanakan.

"Semasa kita lancarkan (DEIG) beberapa bulan lepas, semua ADUN dijemput malah mereka sentiasa diberi peluang menyuarakan pandangan bagi menjadikan ia sebuah entiti yang telus. Jadi mengapa timbulkan pelbagai persoalan?" katanya kepada pemberita di sini Selasa.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keraguan dan persoalan pelbagai pihak mengenai status DEIG yang didakwa telah beroperasi sedangkan ia dikatakan hanya akan memulakan operasi pada tahun depan.

Jelas Mohamed Azmin, isu mengenai DEIG juga sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu dan fokusnya kini adalah untuk mengukuhkan urus tadbir entiti berkenaan.

DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, beberapa ADUN Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang dikatakan akan mengambil alih peranan MBI
Tags / Kata Kunci: DEIG , Azmin Ali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan