Nur Jazlan Bingung Kenapa Bersih Diadakan Di KL

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 4:43 PM

Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengecam kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak menawarkan lokasi di negeri masing-masing untuk mengadakan perhimpunan Bersih.

Menerusi kenyataan pada Isnin, beliau berkata, jika mereka ikhlas memperjuangkan kebebasan bersuara, kerajaan pembangkang sepatutnya menawarkan lokasi untuk penganjur mengadakan protes.

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, sejak Akta Perhimpunan Aman (PAA) diluluskan pada 2012, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak menawarkan lokasi khas untuk perhimpunan seperti mana yang termaktub dalam akta itu.

"Ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa setiap rakyat berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

"Bagaimana pula dengan Perkara 10(2)(b) yang menyebut hak dan kebebasan rakyat seperti menikmati keamanan, barangan dan berniaga," soal Nur Jazlan.

Sejak akta itu diluluskan, katanya, kerajaan menerusi polis memberi ruang untuk pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan aman.

Nur Jazlan berkata, selain persiapan Hari Kebangsaan, sebab lain Dataran Merdeka tidak sesuai untuk perhimpunan seumpama itu adalah kerana banyak institusi keagamaan dan sekolah terletak di sekitar kawasan itu.

Pada 11 Ogos, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menolak permohonan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan Padang Merbuk. Pihak polis juga mengatakan ia perhimpunan haram.

"Kenapa penganjur tidak mengadakan perhimpunan di Selangor atau Padang Kota, Penang? Kerajaan negeri itu sentiasa menyokong kebebasan bersuara.

"Jika ia diadakan disana, kerajaan negeri tentu akan sediakan makanan dan kemudahan selesa untuk peserta tanpa mereka perlu membawa makanan dan khemah sendiri," katanya.

Nur Jazlan berkata, ketidakikhlasan kerajaan Selangor jelas apabila Majlis Bandaraya Shah Alam membenarkan Stadium Shah Alam digunakan untuk perhimpunan itu, tetapi kemudian membatalkannya.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk kedua-dua kerajaan negeri untuk menawarkan lokasi khas untuk perhimpunan seiring perjuangan ke arah kebebasan bersuara.

Nur Jazlan juga mengkritik pengamal undang-undang yang dipilih menganalisa PAA apabila mengatakan, rakyat bebas mengadakan perhimpunan di mana sahaja, tetapi perlu mendapatkan kebenaran polis atau pemilik lokasi berkenaan.

"Apa yang mengelirukan saya adalah kenapa perlu menganjurkan Bersih di Kuala Lumpur dan bukannya di negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.

"Bagaimanapun, saya memuji pihak polis yang menjalankan tugas dengan bertoleransi walaupun peserta perhimpunan itu jelas telah melanggar undang-undang," katanya.






Tags / Kata Kunci: Nur Jazlan Mohamed , Bersih , PAA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan