Najib Lancar Festival Keseniaan Antarabangsa KL

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 8:59 PM

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Pameran Visual Arts ketika hadir pada majlis Pembukaan 'Diversecity 2015 Kuala Lumpur International Arts Festival' di Centre Court Pavilion pada Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan 'DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur' yang berlangsung selama lima minggu.

Festival seni yang julung kali diadakan itu, bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pentas utama persembahan seni selama sebulan, yang bukan sahaja  terbaik di negara ini, tetapi juga bagi rantau Asia Tenggara.

Ia menampilkan warisan budaya Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui persembahan yang merangkumi tarian, komedi, kesusasteraan dan seni visual.

Festival yang bermula hari ini, akan berlangsung sehingga 4 Oktober.

Perdana Menteri yang tiba bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, merasmikan pelancaran festival itu yang diadakan di Pavilion, Bukit Bintang, di sini.

Najib juga meluangkan masa selama beberapa minit menyaksikan pameran lukisan oleh Soon Hoe, pelukis kontemporari Malaysia yang berpangkalan di Melbourne.

Terdahulu, pengarah festival berkenaan Datin Sunita Rajakumar dalam ucapan perasmiannya berkata festival itu merupakan program persembahan dan seni visual yang menampilkan kepelbagaian Malaysia yang kompleks.

Sunita berkata festival itu akan menampilkan persembahan seperti tarian, komedi, kesusasteraan serta seni visual dan setiap genre dipilih dan dihasilkan adalah daripada pengamal yang terkemuka.

Najib dan Rosmah serta pengunjung pusat beli-belah itu, kemudian dihiburkan dengan tayangan video, persembahan tarian, deklamasi sajak serta persembahan  dikir barat dan gendang.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan