Laungan Merdeka Bergema Pada Detik 12 Malam Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 8:01 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat di seluruh negara menyambut ambang Merdeka, menandakan bermulanya sambutan Hari Kebangsaan 2015 di seluruh pelusuk negara dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi.

Acara kemuncak sambutan tertumpu di perkarangan Stadium Bukit Jalil dengan acara mengira detik 12 malam menandakan tibanya 31 Ogos, hari kemerdekaan negara.

Laungan "Merdeka!" dan nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan penuh bersemangat oleh ribuan hadirin pada detik itu sebelum cahaya bunga api menerangi langit di kawasan itu.

Di SHAH ALAM, ribuan pengunjung menyertai program ambang Merdeka peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan.

Program itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan exco kerajaan negeri.Selain bacaan ikrar Rukun Negara, program itu turut dimeriahkan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang dan persembahan bunga api.

Di KUCHING, majlis kesyukuran diadakan di Masjid Bahagian Limbang menandakan sambutan ambang itu dengan dihadiri antaranya Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Di JOHOR BARU, antara acara menarik menyaksikan pelancaran Projek Johor Free Wifi, yang bakal menyaksikan sebanyak 135 kawasan hotspot wifi percuma di seluruh Johor hari ini.

Di KUALA NERUS, lebih 10,000 orang membanjiri sekitar Kompleks Sukan Stadium Tertutup Gong Badak di sini bagi menyambut malam ambang Merdeka.

Di SEREMBAN, sambutan itu dimeriahkan dengan perarakan 16 buah kereta berhias daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, parti politik serta swasta.

Di MELAKA, sambutan di Jalan Hang Tuah diserikan dengan nyanyian dondang sayang dan tarian joget yang sinonim dengan negeri itu.

Di KANGAR, sambutan ambang Merdeka itu didakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Sirajuddin Putra antaranya meliputi persembahan kebudayaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: merdeka , Hari Kebangsaan , 31 Ogos

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan