455,929 Calon Duduki UPSR Mulai 8 September Ini

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 September ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual.

Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.

Jadual waktu peperiksaan juga boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my.-- Bernama

 

Tags / Kata Kunci: UPSR

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan