Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Tujuh Negeri Mulai Esok

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bermula 1 September 2015, isi rumah di tujuh  negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan memulakan pengasingan sisa pepejal di punca atau daripada rumah, secara mandatori.

Pelaksanaan perintah yang juga diadakan di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis, antara lain bertujuan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang semakin meruncing, bagaimanapun ia tidak melibatkan sebarang denda.

Sebagai langkah advokasi, isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di punca hanya akan diberikan notis amaran sebelum penguatkuasaan sepenuhnya undang-undang kepada mereka yang ingkar dilaksanakan bermula 1 Jun tahun depan.

Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal.

Pelaksanaan itu menyaksikan orang ramai perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis iaitu bahan yang boleh dikitar semula, sisa baki, sisa pukal serta sisa kebun di tempat berasingan sementara menunggu hari kutipan yang telah ditetapkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). 

Kaedah kutipan oleh konsesi dilaksanakan mengikut formula 2+1 iaitu kutipan dua kali seminggu untuk sisa baki, manakala seminggu sekali masing-masing bagi sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor berkata penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya kerana selain mampu mengurangkan peratusan jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sehingga 40 peratus, ia juga dijangka dapat meningkatkan kadar kitar semula melebihi 22 peratus menjelang 2020.

Beliau berkata daripada 33,000 tan sisa pepejal yang dikumpul setiap hari, hanya 10.5 peratus daripadanya dikitar semula manakala selebihnya dilupuskan di tapak pelupusan. 

"Selain dapat membantu menambahkan jangka hayat tapak pelupusan, pelaksanaan akta ini juga diyakini dapat meningkatkan kadar kitar semula kepada lebih 22 peratus menjelang 2020," katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Mengenai penerimaan masyarakat terhadap pelaksanaan akta pengasingan sisa pepejal di punca itu, Ab Rahim berkata secara asasnya, orang ramai sedar akan kepentingan mengasingkan setiap sampah namun masih keberatan untuk melakukannya di rumah. 

"Sebab itu kita telah lancar Ops Mata Hati bagi memantau sejauh mana penduduk setempat mengasingkan sisa pepejal di rumah, selain untuk membiasakan masyarakat dengan penguatkuasaan dasar tersebut," katanya. -- Bernama
Tags / Kata Kunci: sisa pepejal , SWCorp , Ab Rahim Md Noor

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan