Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Sambutan Hari Kebangsaan Ke-58

Diterbitkan: Isnin, 31 Ogos 2015 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-58, di Dataran Merdeka, pagi Isnin.

Ketibaan baginda berdua tepat pukul 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum diiringi ke pentas utama.

Kemudian ia disusuli dengan lagu Negaraku diiringi kumpulan pancaragam.

Terdahulu, Perdana Menteri diiringi timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tabik hormat sejurus tiba di pentas kenamaan menjelang perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan 2015.

Turut hadir barisan jemaah Menteri Kabinet, ahli politik serta wakil kedutaan hadir pada acara berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Agong , Raja Permaisuri , Dataran Merdeka

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan