Arahan Henti Tiup Vuvuzela Tidak Diendah, Penganjur Bersih 4 'Pening'

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 4.0 dicacatkan dengan tiupan vuvuzela yang menghasilkan bunyi bising hingga menjejaskan aktiviti yang disediakan penganjur.

Sejak kumpulan ‘orang kuning’ mula memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka seawal pukul 1 tengah hari Sabtu, tiupan vuvuzela kedengaran mencuri tumpuan peserta yang hadir.

Lebih menjejaskan apabila bunyi bising berkenaan menghalang orang ramai mendengar ucapan pimpinan Bersih 4.0 dan pemimpin pembangkang.

Sesekali penganjur terpaksa membuat pengumuman meminta supaya vuvuzela tidak ditiup kerana mengganggu perjalanan perhimpunan.

Bagaimanapun nasihat dan permintaan penganjur tidak diendahkan peserta.

Tinjauan mStar Online mendapati vuvuzela dijual dengan harga RM5 oleh peniaga jalanan di beberapa lokasi.

Tiupan berkenaan berlarutan sehingga awal pagi Ahad.

Bunyi bising berkenaan turut tidak disenangi oleh peserta Bersih 4.0 apabila mereka mula mengambil inisiatif menaikkan poster meminta supaya vuvuzela tidak ditiup pada hari kedua perhimpunan gergasi ini.

Antara peringatan yang dibuat berbunyi ‘jangan tiup vuvuzela, mari kita sembang’ dan ‘hi kawan, kami bukan datang Bersih 4.0 untuk dengar vuvuzela’.

Tags / Kata Kunci: Bersih 4 , Vuvuzela

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan