Harga Baharu Rumah Generasi Kedua Peneroka Felda RM60 Ribu Ke RM70 Ribu - Najib

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 4:56 PM

Najib Tun Razak (dua, kanan) menyampaikan hadiah bernilai RM1 juta kepada wakil Felda Sening Johor yang memenangi Anugerah Keceriaan Kampung Felda sempena sambutan Hari Peneroka Felda peringkat kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak pada Ahad. Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Utama Mohd Isa Abdul Samad (kanan). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit. 

Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda,beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.   

"Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema "Mensyukuri Nikmat" di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini. 

Najib berkata beliau yakin program baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak peneroka Felda yang masih lagi mencari rumah sendiri. 

Menurutnya apa yang dilakukan kerajaan untuk golongan peneroka Felda hari ini adalah sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.  

Najib berkata kerajaan banyak membantu golongan peneroka Felda kerana mereka adalah kumpulan yang tahu menilai erti "mensyukuri nikmat" yang diperoleh mereka hari ini. 

Katanya peneroka Felda sedar sejak 59 tahun lalu, hanya kerajaan sedia ada hari ini yang mampu mengubah nasib mereka di kawasan luar bandar. 

"Sebab yakin kerajaan boleh membantu mereka, hari ini mereka menuai, dulu merangkak bertatih, kini kita mampu bersaing di peringkat dunia, siapa berjasa kepada peneroka Felda, adakah yang buat perhimpunan Bersih 4 itu nak bantu orang di luar bandar...tidak," katanya. 

Selain bantuan projek perumahan, beliau berkata banyak lagi bantuan kerajaan untuk generasi baharu golongan peneroka Felda akan dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam bajet 2015 seperti bantuan pengajian tinggi generasi baru RM51.5 juta dan banyak lagi bantuan lain. 

"Di bawah program dana khas pelajar cemerlang Felda, seramai 11 anak, cucudan kakitangan peneroka Felda mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara termasuk tiga orang dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons di Ireland," katanya.

Sementara itu, Najib berkata beliau yakin Felda akan terus berkembang maju ke hadapan walaupun telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sejak 59 tahun lalu dan ketika ini berhadapan dengan kejatuhan saham dan harga minyak sawit dunia. 

Katanya baru-baru ini Presiden Indonesia Jokowi menyatakan sokongan dengan cadangan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan Rajawali Group untuk mengambil kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP).

Pada masa ini, EHP memiliki 425,000 hektar tanah dengan 67 peratus di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9 peratus), Sulawesi (19 peratus)dan Sumatera (5 peratus).

"Kalau Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga kita akan jadi pengeluar utama sawit iaitu 85 peratus di dunia," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan