Lima Petunjuk Buktikan Ekonomi Malaysia Masih Di Jajaran Kukuh - Najib

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia yang masih berkembang pada masa berlaku ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global merupakan antara petunjuk utama bahawa ekonomi negara masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Perdana Menteri berkata ia adalah antara lima petunjuk utama ekonomi negarayang menyokong hakikat itu. Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas ekonomi Malaysia berkembang padakadar enam peratus dan tahun ini ia dijangka mencapai lima peratus.

"Tidak seperti pada tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomiAsia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif tujuh peratus,"katanya dalam Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Ahad malam.

Perdana Menteri berkata petunjuk kedua ialah fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini lebih kukuh lagi kerana Malaysia telah mempelajari daripada kesan krisis 1998 itu.

"Antara contohnya seperti defisit fiskal kerajaan yang telah dapat dikurangkan daripada negatif 6.7 peratus pada 2009, kepada 3.2 peratus pada tahun ini.

"Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuhdan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal," katanya di hadapan hampir 3,000 jemputan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Plenary, KLCC itu. 

Amanat Hari Kebangsaan 2015 oleh Perdana Menteri disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh stesen RTM saluran TV1.

Acara Amanat Hari Kebangsaan olehPerdana Menteri yang berlangsung bagi tahun kedua dikendalikan KementerianKomunikasi dan Multimedia menerusi Bernama.

Dalam ucapan selama kira-kira 40 minit itu, Najib berkata petunjuk ketiga ialah kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional yang telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada1970 kepada hanya 0.6 peratus pada 2014.

"Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014, manakala sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010," katanya.

Petunjuk keempat ialah Malaysia masih kekal diiktiraf di mata dunia kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi dengan begitu baik sekalipun negara terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran dan peringkat global.

"Ini terbukti melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody's, Standard & Poor's dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang telah memberikan gambaran sebenar tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.

Rakyat, kata perdana menteri, hendaklah faham bahawa segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka dan penaraf antarabangsa yang memberi penarafan itu adalah pengabsah yang berwibawa tinggidan tidak boleh dipertikaikan kerana hasil kajian serta pandangan mereka diterima pakai di seluruh dunia. 

Najib berkata Malaysia juga berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.

"Namun saya sedar bahawa telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, penguncupan ekonomi dunia, termasuk negara China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia," katanya.

Ke arah itu, Najib berkata beliau telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.

"Apa yang penting...saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi petunjuk kelima, banyak usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan kerajaan seperti penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat1Malaysia dan sebagainya yang telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

"Jelas terbukti bahawa Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bankrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan fundamental yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing," katanya.

Najib berkata beliau mahu membetulkan keadaan dan beberapa salah faham sertamenerangkan dan menjelaskan isu-isu berbangkit supaya rakyat dapat mendengar terus daripadanya, sebagai pemimpin, agar lebih rasional, faham dan tenang.

"Kita boleh bahagikan maklumat dan sumber yang kita peroleh kepada dua. Pertama, berasaskan kepada fakta-fakta yang benar dan bersifat realiti atau sahih lagi boleh dipercayai.

Keduanya pula, adalah maklumat dan sumbernya yang didapati atas dasar dengar-dengar khabar sahaja, persepsi dan tekaan serta bersifat propaganda semata-mata," katanya.

Beliau berkata sewaktu kegawatan ekonomi 1998, kerajaan yang mentadbirketika itu telah berjaya menerangkan kepada rakyat, dengan memperbetulkan persepsi bahawa keadaan ekonomi pada waktu itu adalah di luar kawalan kerajaan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan