Ribut: Lebih 500 Penduduk Padang Besar Bergelap

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 9:37 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Lebih 500 penduduk di Kampung Titi Tampang dan Kampung Guar Medang Gatal di Chuping di sini terpaksa bergelap malam tadi apabila ribut disertai hujan lebat yang melanda kedua-dua kampung itu petang semalam mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Selain kabel elektrik terputus akibat ditimpa sebatang pokok yang tumbang, beberapa buah rumah dan kenderaan termasuk sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak turut dihempap sebatang pokok namun mereka terselamat.

Polis Padang Besar yang dihubungi berkata tiada laporan kemalangan akibat bencana itu diterima berikutan hujan ribut hampir setengah jam itu yang bermula kira-kira pukul 5.40 petang.

Menurut jurucakap Tenaga Nasional Berhad Perlis, pasukan bantuan dikerah untuk menyambung semula bekalan elektrik, yang pulih secara berperingkat mulai pukul 2 pagi ini.

Tinjauan Bernama mendapati sebatang pokok jati yang tumbang di jalan Padang Besar-Kangar menghalang laluan kedua-dua arah, dipotong dan dibersihkan oleh anggota Jabatan Perkhidmatan Awam dan tugas itu selesai kira-kira pukul 7 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis dengan lapan anggotanya turut memberi bantuan.

Tags / Kata Kunci: Padang Besar , TNB

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan