Pelajar Kolej Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Utara- Selatan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 5:12 PM

Said Hairulamirin Salihan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kegembiraan empat sekawan termasuk dua beradik untuk pergi bercuti berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di KM 256, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Sabtu.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, Said Hairulamirin Salihan, 19, pelajar sebuah kolej teknik yang beralamat di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.

Menurut rakannya, Mohamad Suhaidi Subadi, 22, mereka berempat dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Balak, Melaka dengan menunggang dua buah motosikal.

Setibanya di tempat kejadian, tayar belakang motosikal Honda EX5 yang ditungganginya bersama Said Hairulamirin tiba-tiba meletup dan hilang kawal sebelum mereka terjatuh dan terseret dari lorong kecemasan ke lorong kiri lebuhraya.

Sebuah treler yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

Mohamad Suhaidi terselamat selepas dia tercampak ke kiri lebuh raya ketika  kejadian itu berlaku dan hanya cedera ringan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: pelajar kolej maut

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan