Desas-Desus Kata Bekas TPM Sertai Bersih Tidak Benar - Berita Semasa | mStar

Desas-Desus Kata Bekas TPM Sertai Bersih Tidak Benar

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 1:03 PM

Desas-desus yang mengatakan bekas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai perarakan Bersih 4.0 adalah tidak benar sama sekali, kata bekas setiausaha politiknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dakwaan yang mengatakan kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima pelawaan daripada penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 untuk menyertai perarakan itu pada petang Sabtu adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak benar sama sekali...Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menyertai perhimpunan ini.  Penipuan ini disebarkan menerusi laman-laman media sosial  oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," kata Datuk Mohd Nardin Awang, bekas setiausaha politik Muhyiddin dalam satu kenyataan bagi pihak bekas majikannya itu.

Tambahnya, Muhyiddin, mahupun mana-mana wakil beliau termasuk setiausaha politiknya tidak pernah berkomunikasi dengan pihak penganjur Perhimpunan Bersih sepertimana yang didakwa.

Apatah lagi kata Mohd Nardin, Muhyiddin buat masa ini tidak berada di dalam negara.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan