Saya Tiada Masalah Dengan Perdana Menteri - Ku Li

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun terdapat desas-desus segelintir pihak yang mahukan beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata hubungan beliau dengan perdana menteri juga baik dan beliau sering berjumpa dengan Najib.

"Saya (ada) jumpa perdana menteri Ahad lepas. Kalau desas-desus ini, tak habis-habislah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati di sini, Sabtu.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah.

Tengku Razaleigh turut mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-14 dan ini merupakan penggal terakhir beliau sebagai anggota Parlimen Gua Musang. 

"Saya tak bersara (daripada politik) tapi saya tak nak (bertanding sebagai anggota Parlimen Gua Musang). Saya dah beritahu dekat Najib. Saya rasa ini penggal akhir sayalah dan saya harap mereka semua fahamlah. Saya bukan tongkat langit," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan