Permintaan Mansuh GST Input Ternakan Dibawa Ke Kabinet - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 29 Ogos 2015 6:33 PM

Ahmad Shabery Cheek (dua,kanan) menunjukkan bakat menggoreng ayam ketika melawat pameran pada majlis perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015 Peringkat negeri di Kompleks IADA Barat Laut pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Permintaan penternak supaya dimansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi input ternakan sepertimakanan, vaksin dan vitamin akan dibawa kepada Kabinet, kata Menteri Pertaniandan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata permintaan itu disuarakan menerusi memorandum para penternak di Selangor yang mendakwa terpaksa menanggung kos tinggi untuk membeli input berkenaan.

"Saya menerima memorandum daripada penternak yang mendakwa mereka terbeban dengan GST yang dikenakan terhadap input makanan, vaksin dan vitamin untuk hasil ternakan mereka.

"Permintaan mereka ada asasnya memandangkan GST tidak boleh dikenakan terhadap hasil jualan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu kepada pengguna. Saya akan bawa perkara ini kepada pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Selangor disini, Sabtu.

Terdahulu, Ahmad Shabery melawat Akademi Penternakan MJ Fatonah di Kampung Kuantan di sini, dan menerima memorandum itu daripada pengusaha MJ Fatonah Sdn Bhd, Siti Fatonah Arbain yang mewakili penternak di Selangor.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata kerajaan memberi fokus terhadap usaha untuk meningkatkan lebih banyak eksport produk berasaskan pertanian menerusi pelaksanaan Dasar Agro Makanan Negara bagi tempoh 2011 hingga 2020.

Beliau berkata perkara itu dilihat mampu memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan negara yang kini mengalami penyusutan nilai ringgit.

"Untuk tujuan itu, kita menumpukan kepada penghasilan produk-produk pertanian yang berkualiti untuk pasaran luar. Pada masa sama, produk berkualiti itu boleh menjadi pengganti import makanan dalam negara.

"Tanpa eksport, kita tidak dapat pulangan dari segi imbangan dagangan yangselama ini hanya bergantung kepada minyak, komoditi yang memberi kesan mendalam terhadap matawang negara," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Shabery Cheek , GST

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan