Zahid Tiba Di Kuala Terenganu Rasmi Tiga Persidangan Umno Bahagian - Berita Semasa | mStar

Zahid Tiba Di Kuala Terenganu Rasmi Tiga Persidangan Umno Bahagian

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuala Terengganu pada Jumaat untuk merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia di sini.

Ketibaan Ahmad Zahid di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan barisan exco kerajaan negeri.

Petang ini, Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, akan merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Marang di dewan Majlis Daerah Marang.

Ini disusuli dengan perasmian persidangan perwakilan Umno bahagian Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri di Kuala Terengganu sebelum beliau berlepas pulang ke ibu negara.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Umno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan