Sultan Johor Mahu Daerah Kulaijaya Ditukar Kepada Nama Asal Kulai

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 7:46 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani plak pelancaran pada majlis Pengisytiharan Solat Jumaat Pertama dan Perasmian Masjid Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya, Kulai dengan serta-merta.

Sultan Ibrahim bertitah walaupun nama sesebuah kampung atau tempat bunyinya agak pelik, ia hendaklah dikekalkan.

"Di Johor, saya ingatkan kepada kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, nama sesebuah kampung atau tempat telah diberikan oleh nenek moyang kita dahulu mengikut kesesuaian dan sejarahnya.

"Walaupun namanya berbunyi agak pelik, nama tersebut hendaklah dikekal dan jangan diubah. Bagi tujuan ini, kerajaan hendaklah buat perubahan kepada dokumen hak milik dan lain-lain dokumen secara percuma," titah baginda ketika merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, disini, Jumaat.

Terdahulu, Sultan Johor turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, disertai dua anakandanya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail serta Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.

Hadir sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Mohamed Khaled danTimbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sultan Ibrahim turut bertitah supaya kerajaan negeri memikirkan dan meneliti nama yang sesuai bagi kawasan Nusajaya yang merupakan pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri Johor kerana nama tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sejarah kawasan itu.

Mengenai masjid bernilai RM20.3 juta itu, Sultan Ibrahim bertitah ia diabadikan dengan nama Tunku Laksamana Abdul Jalil sebagai tanda cinta anakanda baginda kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Sultan Johor, anakanda baginda itu menanam cita-cita menjadi seorang pegawai polis sejak kecil walaupun Almarhum nendanya, Almarhum Sultan Iskandar tidak membenarkan.

"Namun begitu, minat dan semangat yang mendalam dalam diri Tunku Laksamana Johor untuk menjadi seorang pegawai polis tidak pernah luntur.

"Maka, pada 2011, Tunku Laksamana Johor diterima menyertai Kursus Asas Inspektor Polis di Pulapol (Pusat Latihan Polis) dan berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang dan diserapkan ke Unit Tindakan Khas (UTK).

"Tunku Laksamana terpaksa melupakan cita-citanya apabila disahkan menghidap kanser. Oleh sebab itulah, saya abadikan nama Tunku Laksamana Abdul Jalil kepada masjid ini sebagai tanda cintanya kepada PDRM," titah baginda dalam keadaan sebak.

Menurut Sultan Johor, baginda terlibat secara langsung dalam membuat keputusan reka bentuk masjid berkenaan dan berharap agar lebih ramai pihak swasta tampil memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Baginda bertitah, masjid baharu terbabit mampu menempatkan lebih 1,500 orang berbanding masjid lama yang dibina pada 1968 yang hanya mampu menempatkan 600 orang, selain dilengkapi dewan serba guna.

Sehubungan itu, beginda turut menasihatkan supaya pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diadakan bagi mengimarahkan masjid tersebut sebagai tempat penyatuan ummah.

"Kebersihan masjid ini juga mesti dijaga supaya bersih dan dipandang kemas. Jangan pula kelihatan cantik di hadapan tetapi belakangnya kotor dan tidak dijaga," tegas Sultan Ibrahim.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan