Bersih 4.0: Sarawak Beri Lampu Hijau

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak memberi lampu hijau kepada penganjur Bersih 4 untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang itu di padang Song Kheng Hai di sini esok.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menasihati peserta perhimpunan agar mengekalkan cara Sarawak melaksanakan segala urusan -- dengan lancar dan aman.

Beliau berkata kerajaan negeri menawarkan padang Song Kheng Hai dan Stadium Negeri kepada penganjur Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu, dan mereka memilih padang Song Kheng Hai.

Katanya kebenaran itu diberi selepas kerajaan negeri berunding dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sebaik menerima permohonan daripada penganjur.

Diminta mengulas kemungkinan penjawat awam menyertai perhimpunan itu, beliau berkata "Saya serahkan kepada individu terbabit. Kalau mereka kena tangkap, saya tak tahu... kami akan menimbangkan (tindakan) kalau itu yang berlaku," katanya.

Adenan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibarkan Jalur Gemilang anjuran Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang tarikh pilihan raya negeri akan datang, dalam nada yang ceria, Adenan berkata beliau telahpun menentukan tarikh itu "tetapi saya tidak mahu nyatakan bila."

Katanya sebahagian besar daripada calon Barisan Nasional bagi pilihan raya negeri itu telahpun dimuktamadkan.

Tags / Kata Kunci: Bersih 4.0 , Bersih

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan