Tujuh Murid Orang Asli Hilang Belum Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 8:55 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seramai 110 anggota pasukan mencari dan menyelamat terlibat dalam operasi mencari tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran sekolah mereka sejak Ahad lepas.  

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata anggota pasukan itu terdiri daripada pihak polis, Jabatan Relawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Penduduk kampung termasuk keluarga murid terbabit turut sama dalam operasi mencari, namun masih belum menemui murid-murid terbabit," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata operasi mencari akan diteruskan sehingga semua murid terbabit ditemui. Tujuh murid berkenaan iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dari kampung pos Tohoi, Gawing, Penat, Sedal, Simpol,Jadil dan Langsat.

Kesemua mereka tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Mereka dipercayai melarikan diri ke dalam hutan kerana takut diambil tindakan oleh guru mereka selepas mereka mandi di sungai berhampiran sekolah tanpa kebenaran.   

Seorang guru sekolah terbabit telah membuat laporan polis mengenai kehilangan murid-murid berkenaan pada Selasa lepas.

Tags / Kata Kunci: Murid orang asli , hilang , gua musang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan