Menteri Ulang Gesaan Pantau Web Promosi Bersih 4.0

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 7:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

"Seperti yang telah saya katakan, SKMM akan memantau semua laman web dan akan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.

Salleh diminta mengulas mengenai notis dalam laman Facebook SKMM awal hari ini bahawa SKMM akan menyekat semua laman web yang menyiarkan dan menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4.

SKMM membuat keputusan itu atas alasan bahawa laporan seumpama itu boleh mengancam kestabilan negara.

Pada Selasa, Salleh dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan tidak akan menyekat menara telekomunikasi di pusat bandar semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.

Bagaimanapun, katanya SKMM akan memantau semua blog dan laman web yang menyiarkan mengenai perhimpunan itu.

Tags / Kata Kunci: Salleh Said Keruak , SKMM , Bersih 4.0

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan