MCA Tidak Galakkan Anggota Sertai Bersih 4 - Mei Fun

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 10:20 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH:  Anggota-anggota MCA dinasihat tidak menyertai atau terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara, kata Naib Presiden parti itu Datin Paduka Chew Mei Fun.

"MCA tidak galakkan anggota parti menyertai perhimpunan Bersih 4," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Anugerah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) peringkat Pulau Pinang di sini, Jumaat.

Sementara itu, Chew yang juga Timbalan Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggesa golongan wanita merebut peluang dan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. 

Beliau berkata bantuan kewangan dan latihan sudah lama diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan usahawan wanita lebih berdaya saing dalam pasaran perniagaan yang semakin mencabar. 

"Adalah menjadi agenda kerajaan untuk meningkatkan jumlah usahawan wanita. Oleh itu, kami di kementerian memberi peluang kepada mereka dengan pelbagai pakej bantuan untuk meneroka bidang perniagaan...gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin," katanya.

Pada masa ini, terdapat 19.7 peratus wanita terlibat dalam IKS dan pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 30 peratus wanita menceburi bidangitu menjelang tahun depan.

Tags / Kata Kunci: Bersih 4 , Datin Paduka Chew Mei Fun.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan