Kualiti Udara Sederhana Pagi Ini

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sederhana pagi ini dan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Jumaat, 37 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 11 yang lain merekodkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU sederhana dicatatkan antara lain di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (64) dan Cheras (56) selain di Putrajaya (60).

Perkara sama direkodkan di Selangor seperti Banting (65), Kuala Selangor (73), Pelabuhan Kelang (83), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (71).

Bacaan sederhana turut dicatatkan di kebanyakan kawasan di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

Tags / Kata Kunci: Kualiti Udara , Jerebu

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan