Hati-Hati Terima, Sebar Berita Melalui Media Sosial - Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 4:55 PM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tiga, kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (empat, kanan) berkenan melihat replika Masjid Negara selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Masjid Negara pada Jumaat. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan),Jamil Khir Baharom (tiga, kiri) serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam menerima dan menyebar maklumat melalui media sosial kerana ia boleh menyebabkan penyebaran fitnah dan menimbulkan perselisihan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam untuk menyiasat, meneliti dan memastikan kebenaran fakta serta maklumat bagi mengelak fitnah, penipuan, memburukkan seseorang atau mendatangkan sifat kebencian.

"Jangan mudah terpengaruh dengan berita tidak sahih yang disebarkan lebih-lebih lagi di alam maya. 

"Perselisihan yang berlaku akibat daripada kekaburan maklumat atau berita yang diperoleh menjadikan seluruh masyarakat hidup dalam keadaan syak wasangka terhadap sesama sendiri.

Dan ingatlah bahawa fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan," katanya.

Beliau menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk 'Sehati, Sejiwa' di Masjid Negara di sini, Jumaat.

Khutbah itu disiarkan secara langsung oleh RTM.   

Sempena tajuk khutbah yang bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 Isnin ini, Jamil Khir berharap umat Islam memerdekakan diri daripada sebarang fahaman, pemikiran serta pengalaman yang tersasar daripada garis panduan Islam sebenar agar kemenangan hidup di dunia dan di akhirat dapat dicapai.

"Kedatangan Islam membawa sifat kemerdekaan iaitu menyeru manusia supaya membebaskan diri daripada sebarang bentuk amalan dan kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Oleh sebab itulah kemerdekaan umat Islam bermula daripada roh tauhid atau akidah dengan kalimah syahadah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua umat Islam mengamalkan sifat kesederhanaan dan keseimbangan yang menjadi asas bagi mewujudkan persefahaman sesama insan.

Katanya kesederhanaan merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara secara berhikmah dan berimbang yang bukan sahaja dapat mengelak berlakunya kekerasan keatas hak asasi kaum malah dapat memartabatkan Islam.

"Persefahaman merupakan nikmat yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan dapat menghimpunkan perasaan serta semangat sehati sejiwa untuk sama-sama berganding bahu bagi memakmurkan sesebuah masyarakat serta negara,"katanya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Jamil Khir Baharom

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan