Keluar Zon Selesa Jika Mahu Menang PRU-14 - Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 3:48 PM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) melaungkan kata-kata semangat sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di Akademi Binaan Malaysia pada Jumaat. Turut hadir Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Semua pemimpin Umno di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang sehingga lupa amanah kepada parti.

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin yang dipilih oleh anggota peringkat akar umbi perlu sedar tanggungjawab besar mereka adalah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Kita perlu melakukan muhasabah, apa yang telah silap kita lakukan. Allah mahu menguji kita akibat kita berada dalam zon terlalu selesa.

"Kita lupa janji-janji kita ketika sebelum jadi wakil rakyat, sebelum menjadi ketua bahagian, sebelum menjadi menteri, tidak peduli pada orang yang pernah tolong kita... baliklah ke pangkal jalan," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu di dewan Akademi Binaan Malaysia sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari merangkap Ketua Umno Hulu Terengganu.

Ahmad Zahid berkata kegagalan sesebuah organisasi dan parti itu disebabkan individu yang telah diamanahkan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Katanya Umno hari ini menghadapi cabaran yang besar walaupun ia tidaklah sehebat krisis kepimpinan Umno tahun 1998.

"Kita sedang hadapi cabaran, cabaran ini datang dan pergi, fikirkan apa kaedah untuk tangani masalah itu terutama persepsi negatif dari mahkamah pendapat umum," katanya.

Beliau berkata ketika ini bukan sahaja organisasi Umno yang diasak hebat pembangkang malah presiden Umno sendiri turut diserang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

"Nakhoda kita (Presiden), jangan biar dia keseorangan, ujian itu datang, dengan izin Allah ia akan pergi. Jangan biar dia berseorangan, kita di akar umbi, ketika pemimpin susah, dia mahu harapkan sokongan akar umbi untuk menang PRU14," katanya.

Menurutnya krisis dalam Umno bukan sahaja berlaku hari ini malah sejak zaman pemimpin terdahulu lagi, namun semua masalah dapat ditempuhi dengan kekalnya sokongan kuat daripada akar umbi.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Umno , PRU-14

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan