Malim Kinabalu Antara Teraju Ikrar Hari Kebangsaan 2015

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 10:03 AM

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam begitu teruja mengambil gambar selfie berlatar belakangkan skrin Jalur Gemilang selepas selesai menjalankan latihan acara raptai sempena Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Segmen bacaan ikrar sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 buat pertama kalinya menampilkan beberapa individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing untuk menerajui bacaan itu.

Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, Mohd Hanafiah Mokhtar berkata antara yang terlibat adalah Ikon Belia Negara, Muhammad Zhariff Affandi; atlet wushu negara; Diana Bong Siong Lin; malim Gunung Kinabalu, Mohd Rizuan Kauhinin dan pengacara serta penyampai radio, Fara Fauzana.

"Jika sebelum ini, yang membaca ikrar biasanya mengikut jumlah tahun ke berapa kemerdekaan, contohnya kemerdekaan ke-57, jadi 57 orang yang akan membacakan ikrar, tetapi tahun ini ada kelainan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri acara raptai Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini.

Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2015 akan disertai kira-kira 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, anggota pasukan keselamatan serta pelajar sekolah.

Tema 'Sehati Sejiwa' dipilih sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagi pengacara sambutan Hari Kebangsaan 2015, Saifulkhairi Ahmad yang berpengalaman mengacarakan sambutan Hari Kebangsaan sejak beberapa tahun lepas, pemilihan individu-individu yang berjaya dalam bidang masing-masing itu, diharap dapat memberikan inspirasi kepada golongan remaja dan seluruh masyarakat.

"Setelah sekian lama pembaca ikrar pada sambutan Hari Kebangsaan biasanya pelajar sekolah dan ada sesekali guru, tetapi kali ini kita tampilkan ikon-ikon ini," kata Saifulkhairi yang juga Penolong Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Sementara itu Diana, 30, ketika ditemui berkata beliau terharu apabila dipilih sebagai atlet pertama yang membaca ikrar untuk Hari Kebangsaan 2015.

"Ia merupakan pengiktirafan terhadap wushu dan bidang sukan secara keseluruhannya. Ini kerana kita lihat rakyat Malaysia tidak begitu cenderung terhadap bidang sukan," katanya.

Mohd Rizuan, 26, turut mengakui teruja diberi peluang untuk bersama-sama membacakan ikrar di hadapan pemimpin negara dan rakyat Malaysia yang menyertai acara itu.

"Jika sebelum ini saya sibuk dengan kerja sebagai malim gunung, kali ini saya berpeluang mewakili malim gunung yang lain untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara," katanya yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa di Gunung Kinabalu, akibat gempa bumi di Ranau, Sabah berukuran 5.9 pada skala Richter, 5 Jun lepas.

Gambar yang menunjukkan beliau memikul seorang kanak-kanak lelaki dari Singapura menuruni Gunung Kinabalu, sebelum ini menjadi viral di laman sosial.

Tags / Kata Kunci: Hari Kemerdekaan 2015 , Sehati Sejiwa

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan