Najib Persoal Masa Perhimpunan Bersih 4.0

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Hari Kebangsaan tidak seharusnya dijadikan pentas perselisihan politik sekalipun terdapat perbezaan pendapat atau fahaman.

Merujuk kepada sebuah perhimpunan yang dirancang diadakan pada masa dan tempat persediaan sambutan Hari Kebangsaan akan dijalankan, Najib berkata penganjur perhimpunan sepatutnya memilih waktu dan kawasan yang tidak mencetus provokasi.

"Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-58. Ia hari di mana semua rakyat mengenepikan perbezaan dan sama-sama meraikan dengan penuh rasa patriotik dan cinta akan negara.

"Apakah wajar perhimpunan ini dijalankan pada masa dan tempat yang begitu hampir dengan hari kemerdekaan kita? Fikirkanlah," katanya menerusi siaran audio yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata rakyat harus sedar bahawa ramai pihak yang berhak menerima penghormatan dan penghargaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Ia termasuk wira-wira negara yang pernah memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah kepada warga sekolah, pihak logistik dan seluruh kontinjen perarakan yang bertungkus lumus membuat persediaan meraikan Hari Kebangsaan, katanya.

Polis mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung minggu ini sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan