Guru Pukul, Hina Pelajar Ditempatkan Di Pejabat Pendidikan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 8:49 PM

P. Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Guru yang didakwa terlibat memukul dan menghina seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini Isnin lepas telah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata guru perempuan berkenaan ditempatkan di situ sehingga pihak sekolah dan polis selesai menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Buat masa ini siasatan oleh pihak sekolah telah pun selesai. Bagaimanapun kami masih menunggu hasil siasatan daripada pihak polis sebelum memutuskan sebarang bentuk tindakan tatatertib yang perlu dikenakan ke atas guru itu,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bagi membincangkan insiden tersebut di sekolah berkenaan pada jumaat.

Mesyuarat itu turut dihadiri Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nordan ibu bapa kepada pelajar berkenaan.

Pelajar tersebut mendakwa telah ditendang, ditampar dan disuruh mencium kaki guru terbabit tanpa sebab.

Guru itu juga didakwa melakukan perbuatan yang menghina agama pelajar berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Guru pukul , hina pelajar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan