Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak Jadi Pengerusi GHB Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 2:43 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak pada 20 Ogos lepas, sebulat suara memilih bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden sebagai pengerusi negeri.

Andri berkata beliau akan menerajui GHB Sarawak dan akan dibantu anggota jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza.

"Dalam mesyuarat itu juga kami bersetuju sebulat suara GHB Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

"Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi sasaran GHB bukan hanya kerusi pengundi Melayu, malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran," katanya kepada Bernama.

Andri berkata GHB Sarawak menyasarkan kerusi antaranya DUN Lambir, Samalaju, Semariang, Muara Tuang, Kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro, Belawai, Dalat, Demak Laut dan Dalat.

"Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan daripada DAP dan PKR serta kelulusan GHB pusat untuk semakan.

"Kami sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk diletakkan di kawasan fokus tersebut. Rata-rata adalah kalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan," katanya.

Menurut Andri yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Santubong, GHB Sarawak akan mengadakan sidang media memperkenalkan AJK dan mempromosi program mereka pada 4 September ini.

"Pada 6 September, sidang media bersama Pengerusi GHB Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS serta pemimpin GHB pusat seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , GHB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan