Bekas Timbalan Pengarah SB Akan Diberi Surat Tunjuk Sebab

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 6:52 PM

Abdul Hamid Bador

Abdul Hamid Bador.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.

Katanya, surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan terhadapnya.

"Saya telah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.

"Dalam pertemuan itu, saya juga telah mengingatkan yang beliau telah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media. Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis.

Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan media baru-baru ini tentang beberapa perkara termasuk soal pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya ada 'tangan-tangan ghaib' yang sering campur tangan dalam urusan pentadbiran pasukan polis.

"Saya sebagai Ketua Polis Negara, mentadbir pasukan polis. Tidak ada tangan yang beri arahan kepada pasukan saya, sebarang arahan adalah saya sendiri keluarkan.

"Kami melaksanakan polisi yang telah dibentuk oleh kerajaan tetapi sebarang pelaksanaan polisi ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua untuk arahkan anak buah untuk ikut peraturan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Hamid Bador , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan