MCA Lakukan Rombakan Kecil Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 6:25 PM

Dr Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong pada Khamis mengumumkan rombakan kecil kepimpinan parti itu di Sabah bagi mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota parti itu.

Beliau berkata, rombakan itu menyaksikan pelantikan Datuk Francis Goh Fah Shun sebagai Timbalan Pengerusi MCA Sabah bagi menggantikan Datuk Tang Liing Sing yang dilantik sebagai penasihat parti itu di negeri ini. 

Tang mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah selepas dilantik sebagai Pembantu Khas presiden MCA.

"Datuk Paul Kong Sing Chu turut dilantik sebagai penasihat MCA Sabah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah di sini.

Wee dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah oleh presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 21 Julai lepas.

Wee berkata, seorang lagi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah, Datuk Pang Kin Khon turut dikekalkan. 

Turut dikekalkan dalam jawatan masing-masing ialah Datuk Lim Kong Yuen, Chin Kim Hiun, Lee Sip Kim dan Liew Kong Khai sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Sabah serta Ketua Pemuda MCA, Adrian Lee Yin Chung dan Ketua Wanita, Datuk Shim Tshin Nyuk.

Datuk Edward Khoo Keok Hai dikekalkan sebagai Penasihat Kehormat Tetap manakala bekas Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Senator Datuk Wilfred Yong Cheng Leong pula dilantik sebagai penasihat eksekutif.

Wee berkata, selain penubuhan jawatankuasa parti, MCA Sabah mewujudkan 20 biro bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa parti itu. 

"Saya ingin melihat kesatuan (dalam kalangan anggota MCA) di Sabah. Selepas 20 tahun (bertapak di Sabah), saya melihat MCA terus berkambang," katanya.

Menurutnya MCA Sabah juga akan menganjurkan konvensyen parti itu pada 20 September depan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Dr Wee Ka Siong , MCA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan