Ratusan Penyu Baharu Mendarat Di Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kira-kira 120 ekor ibu penyu baharu mendarat di pantai di negeri ini dan ia merupakan 20 peratus daripada jumlah yang mendarat setiap tahun, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim.

Beliau berkata antara 400 hingga 600 ibu penyu mendarat setiap tahun sepanjang 15 tahun lalu.

"Ibu penyu baharu ini dikesan tidak mempunyai tag yang dipasang pada penyu yang mendarat sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Khalil berkata pendaratan lebih banyak penyu menandakan keberkesanan program pemuliharaan penyu yang dijalankan.

Dari segi pungutan telur penyu, beliau berkata dari Januari hingga Julai lalu, sebanyak 366,941 biji telur berjaya dikumpul dari 2,342 sarang di seluruh negeri ini dan antara 200,000 hingga 300,000 anak penyu baharu dilepaskan semula ke dalam laut.

Sementara itu Pengarah Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesis Marin Terancam, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata sejak kebelakangan ini hanya penyu agar yang mendarat berbanding penyu belimbing yang sudah lebih lima tahun tidak mendarat akibat ancaman pukat pari.

Tags / Kata Kunci: Penyu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan