Portal Media Turut Disekat Jika Promosi Bersih 4.0 - Jailani

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 10:43 PM

Jailani Johari. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana laman web termasuk portal media tidak akan terkecuali daripada disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya didapati mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, keputusan yang diambil SKMM itu tepat memandangkan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

"Jadi sekiranya mana-mana pengguna laman sesawang di luar sana yang cuba 'posting' apa-apa untuk menarik pelayar internet menghadiri perhimpunan itu, SKMM tidak teragak-agak untuk menutup (laman sesawang) dan PDRM juga tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan," katanya yang ditemui media di luar persidangan dan pameran tahunan KL Converge! 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Khamis.

Jailani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan SKMM pada Khamis yang memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke perhimpunan Bersih 4.0, yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, lanjutan dari kenyataan media oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, keputusan yang dibuat oleh SKMM itu dibuat susulan perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Oleh itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana laman sesawang yang menjemput mereka hadir ke perhimpunan berkenaan.

SKMM dalam kenyataan berkenaan turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi undang-undang negara.

Tags / Kata Kunci: SKMM , Bersih 4.0 , Jailani Johari

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan