Jerebu Dijangka Berterusan Hingga September

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keadaan jerebu dijangka berterusan sehingga pertengahan September dengan pantai barat semenanjung mengalami kesan paling ketara daripada pembakaran terbuka di Indonesia.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip berkata keadaan mungkin akan berterusan sehingga musim monsun barat daya berakhir.

Katanya, negeri-negeri yang terletak dalam jaluran pesisir pantai dari Kedah ke Johor dijangka mengalami kesan paling teruk.

Beliau berkata keadaan jerebu di Sarawak dijangka bertambah baik dalam tempoh beberapa hari akan datang kerana keadaan angin yang akan berubah.

Pada masa ini, tiupan angin dari Indonesia membawa asap kebakaran di Kalimantan dan Sumatera ke Malaysia dan Singapura.

Pembakaran terbuka di ladang-ladang dan kawasan hutan adalah perkara biasa di Indonesia kerana ia adalah kaedah paling cepat dan mudah untuk membersihkan tanah.

Selain itu Hisham memberi amaran bahawa cuaca Indonesia juga boleh menjadi lebih panas dan kering hingga menyebabkan peningkatan kawasan panas serta jumlah asap yang dibawa ke sini melainkan api berjaya dipadamkan sebelum itu.

Fenomena cuaca global El Nino juga dijangka meningkatkan peluang cuaca panas dan kering di Indonesia, kata Hisham.

Tags / Kata Kunci: Jerebu

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan